Wednesday, 21 September 2011

it's about feeling sad

Sedih, sedih, dan sedih. Perasaan sedih itu, hanya dapat diungkapkan dengan air mata sahaja dan tidak dapat diungkapkan dgn kata2 atau perbuatan. <itu pandangan dari sudut akula, kalau korg ada pandangan lain bolehla post di ruangan komen ye> Apabila aku membuka blog abg aku, aku berasa teramat sedih. Suatu ketika dahulu abg aku pernah menyuruh aku utk membuat blog aku sendiri, tetapi kerana sifat 'mim' aku yg terlampau tinggi, aku hanya membuat blog tapi tidak pernah mengupdate blog aku. Sehinggalah satu hari, aku masuk kelas kesusasteraan dlm multimedia, di mana lecture aku menyuruh semua student dia membuat blog, dan akan dinilai. Jadi aku tiada pilihan dan terpaksalah aku mengupdate blog aku selalu. Dari situlah aku mula memfollow blog abg aku. <thanks abg & lectureku> Sedih yg ingin aku ungkapkan ialah apabila aku membuka blog abg aku, aku terbaca mengenai perasaan yg dihadapinya ketika di bulan puasa lepas dan hari raya. Aku berasa sangat sedih kerana abg aku meluahkan rasanya yang hanya beraya sorang2 dan berbuka puasa sorang2 tanpa ditemani keluarga. Kdg2 tiap ptg puasa abg cll mak tanye hari ini mak masak apa? Kdg2 mak aku sampai tak sanggup nak cakap apa yg di masak dan terpaksa cakap masak biasa2 je. Sedangkan, tiap2 hari mak aku masak lauk favourite abg aku. Tapi mak tak pernah cakap. Sebab mak tak nak abg sedih kat sana. Abg pun selalu juga ngadu masakan kat oversea nie tak sama dgn masakan kat Malaysia dan oversea bkn tempat utknya. Tempat yg terbaik utknya adalah di Malaysia. Sedangkan aku pula, sentiasa berada di samping familyku yg tercinta. Aku bersyukur dengan takdir Allah kerana dia tidak akan meletakkan seseorang itu di situasi yg seseorang itu tidak sanggup utk hadapi. Seperti aku, aku mengaku aku memang seorang yg sukar utk berjauhan dengan mak ayah berbeza pulak dgn abg aku merupakan seorang yg cekal & tabah. Aku solute dia! Kalau aku tiap-tiap minggu boleh balik kg halamku di Batu Pahat, Johor tapi abgku, hanya setahun sekali sahaja balik. Itupun bukan ketika hari raya tp selepas hari raya puasa dan haji. Bila abg aku cll rumah, mak akan cakap : Huda ada kat rumah. Abg : Asik balik je Huda nie. Menghabiskan duit ayah je! Tapi nak buat mcm mana, hanya dgn balik kg saja dapat membuat aku rasa happy walau sekejap dapat berada di rumah. Bak kata bidalan Melayu, Rumahku Syurgaku. Hehehe... Itulah yg aku rasa bila berada di rumah. Segala kesedihan aku hilang dan berganti dengan kegembiraan. Apapun aku harap abg aku akan terus tabah dan cekal berada di perantauan sana. Tak lama lg je bang, ko dah nak grad! InsyaAllah segalanya akan berjalan dgn lancar. Keluarga kita akan bersatu kembali! Oklah, itu jewla yg ingin aku kongsi dgn kengkorg semua. Harap kwn2ku sekalian faham ye kenapa aku selalu balik rumah... hehehe... Janganla cakap aku gedik or anak manja kerana selalu balik uma je taw! Especially kpd Pn Hajar Isma dan Auntie Elizatul Nastaysah serta roomate2 yg ku sygi sekalian....